DKB Group

DKB Group (第一勧銀グループ, Dai'ichi Kangin Gurūpu) atau Dai-Ichi Kangyo Group dahuulunya ialah keiretsu terbesar di Jepun pada akhir dekad 1990-an.[1]Kumpulan ini muncul pada pasca Perang Dunia II dengan Dai-Ichi Kangyo Bank berperanan sebagai syarikat induk. Dua klien terbesar DKB, Kawasaki Heavy Industries dan Furukawa Electric mempunyai kumpulan mereka masing-masing, dengan memaut silang bahan mentah. Kumpulan Kawasaki dan Furukawa kemudian bersetuju untuk memulakan pertemuan presiden pada tahun 1966. Itochu, yang telah lama menjadi pembekal bahan mentah kepada Kawasaki, kemudian menjadi sogo shosha utama kumpulan yang digabungkan.[2]Presiden kumpulan itu mulakan mengadakan mesyuarat secara berkala Sankin-kai (三金会) pada tahun 1971. Pada tahun yang sama, DKB diwujudkan dari penggabungan Dai-Ichi Bank dan Nippon Kangyo Bank.[1] Pada tahun 1998, diumumkan bahwa Dai-Ichi Kangyo Bank akan digabung dengan Fuji Bank dan Industrial Bank of Japan untuk membentuk Mizuho Financial Group.[3] Penggabungan itu telah selesai pada September 2000[4] dan mewujudkan kumpulan bank terbesar di dunia dengan aset sebesar 140 trilion yen.[3][5] Selama beberapa tahun kemudian, kumpulan sedang menggabungkan rakan industri keiretsu mereka,[3] sehingga asetnya dapat berkembanh menjadi 150 trilion yen (30% KDNK).[4]